SELAMAT DATANG KE
WELCOME TO
TAMAN HERBA SATU MALAYSIA
SMK TAMAN INDAH
TAMPIN
NEGERI SEMBILAN
Blog: nadisaintismuda.blogspot.com
Gambarfoto & Teks
(Dikemaskinikan)
Disediakan oleh Alex Ng Chan Heng
``YOUR SCIENCE MASTER``
as well as
GC Sains, merangkap
Ketua Panitia Sains &
Pengerusi Taman Herba
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Indah,
73000 TAMPIN
Negeri Sembilan Darul Khusus
Penubuhan Taman Herba Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Indah, Tampin, Negeri Sembilan telah diilhamkan oleh pengetua sekolah, Puan Soon Loi Thai yang sangat berminat dalam bidang tanaman herba.Sesungguhnya, usaha ini julung-julung kali dilaksanakan oleh pihak sekolah dalam sejarah 20 tahun kewujudannya. Malah, projek ini sekali gus merupakan taman herba terulung dalam daerah Tampin yang dianggap berjaya kerana begitu subur segala tanaman pokok-pokok herba yang diusahakan.
Encik Joseph Palany
Penyelenggara Utama Taman Herba
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Indah
TAMPIN
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tegasnya, tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa taman herba ini merupakan satu-satunya taman sedemikian rupa yang ulung dalam kalangan sekolah menengah di negara kita yang dapat dianggap berjaya.
Mengikut rekod, setakat ini belum ada mana-mana sekolah yang mengusahakan projek sedemikian rupa dan sekali gus menempa kejayaan yang begitu memberangsangkan pula. Hal ini demikian kerana bilangan jenis pokok herba yang ditanam begitu banyak sekali.Apa tidaknya, sebut saja mana-mana herba yang diperlukan, pasti akan terdapat dalam Taman Herba Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Indah.
Mesyuarat pertama telah dilangsungkan pada 17 Februari 2009. Sebuah jawatankuasa kerja telah ditubuhkan. Seramai 10 orang guru sains dan kemahiran hidup dipilih menganggotai jawatankuasa ini.
Secara tuntas, segala kejayaan yang diraih sehingga kini adalah berkat usaha gigih Encik Joseph Palany, salah seorang anggota Unit Keselamatan sekolah yang begitu berminat dalam bidang herba serta mempunyai ilmu perkebunan yang jitu lagi kental.
Sejurus selepas mesyuarat sulung, Encik Alex Ng Chan Heng, selaku Ketua Panitia Sains yang juga bertindak sebagai peneraju utama projek, segera mengorak langkah proaktif.Beliau telah berusaha keras mencari anak-anak pokok herba dari serata tempat.Usaha ini sememangnya banyak dibantu oleh Encik Joseph Palany, yang cukup arif dalam bidang ini.
Pada bulan Oktober 2009, taman tersebut telah dinaik taraf dengan pemasangan pagar baru. Sebanyak 70 keping papan tanda nama pokok juga telah dipasang begi memudahkan para guru, murid dan pelawat mengenalpasti jenis-jenis tumbuhan yang terdapat dalam taman herba.
Penyenggaraan harian taman ini juga diusahakan oleh Encik Joseph. Rumput rampai yang menjadi musuh pokok herba akan dibuang dari semasa ke semasa. Begitu juga, pokok-pokok herba akan dibajai apabila diperlukan bagi memelihara pertumbuhannya.
Dalam posting ini juga dipaparkan beberapa keping gambarfoto bagi menunjukkan kesuburan taman ini.
Sehingga kini, banyak antara guru sekolah ini yang telah memanfaatkan tanaman herba dari taman ini untuk merawat pelbagai penyakit seperti penyakit darah tinggi, kencing manis, sakit kepala dan lain-lain yang seumpamanya.Segala herba yang dipetik adalah diberikan percuma kepada staf sekolah.
Memanglah usaha bercucuk tanaman herba ini adalah untuk memperkenalkan semula khasiat herba kepada masyarakat kini yang terlalu bergantung kepada perubatan moden.Namun, harus diingatkan bahawa cara rawatan tradisional ini acapkali juga mendatangkan kebaikan kerana penggunaan herba tidak meninggalkan kesan sampingan sebagaimana yang sering diketemukan apabila seseorang mengamalkan perubatan moden yang dengan pelbagai ubat-ubatan moden.
This young man, Edward, my Form Two son is about to demonstrate to you regarding the working of the Cartesian Diver based on the principle of pressure and the concept of density. |
This writer, Master Alex Ng, your Science Master is explaining to you the formula and method of calculating the effort for the 2nd class and the 3rd class levers, when they are in a state of equilibrium |
This young man is demonstrating to you about the expansion of metal, (when heated over a ``LaboGas``). The concept of expansion can be explained by using the Kinetic Theory of particles |
Pelbagai pokok herba yang terdapat dalam Taman Herba Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Indah,
73000 Tampin, Negeri Sembilan.
73000 Tampin, Negeri Sembilan.
Add caption |
POKOK TABAR-TABAR |
Add caption |
Add caption |
No comments:
Post a Comment