Tuesday, October 19, 2010

KEGUNAAN UBAT-UBATAN TRADISIONAL MALAYSIA

Semua bahan dalam blog ini adalah untuk pengetahuan pembaca sahaja.Bahan-bahan yang dinyatakan di dalamnya tidaklah tepat seratus peratus. Pengarang  tidak bertanggungjawab atas apa-apa kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan herba yang terangkum dalam persembahan informasi di sini. Sekian, harap maklum.

KESELURUHAN BAHAN YANG DIBENTANGKAN DI SINI ADALAH DIPETIK DARIPADA BUKU ``KOLEKSI KHASIAT HERBA & TUMBUH-TUMBUHAN - Disusun oleh SIDANG PENGARANG, Penerbit Education Matters Sdn Bhd







01. ASAM  JAWA
Pokok asam jawa berperawakan besar.Daunnya berwarna hijau dan menyirip genap dan berbujur bulat. Bunganya pula tersusun dalam tandan renggang.Asam jawa adalah sejenis buah yang masam rasanya.Biasanya digunakan dalam banyak masakan.
Mempunyai buah yang bertangkai dan menggelembung, bengkok berbiji sampai 10 butir, kulit buah (eksokarp) mengeras berwarna kecoklatan atau kelabu bersisik, dengan urat-urat yang mengeras dan liat serupa benang.Menjadi merah kecoklatan sampai kehitaman ketika sangat masak, asam manis dan melekit.Biji coklat kehitaman dan keras, agak bersegi.
Selain digunakan dalam masakan, air asam jawa juga digunakan sebagai untuk mengubati batuk atau gatal tekak.Airnya boleh digunakan untuk disapu ke kepala untuk meredakan panas badan.

02. AVOKADO
Pokok avokado adalah pokok tempatan di Mexico dan Amerika Tengah.Pokok besar ini dikelaskan dalam tumbuhan berbunga keluarga Lauracae.Nama avokado turut merujuk kepada buahnya dengan butir berbentuk telur. 
Avokado adalah sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi protein, zat besi, fosforus, kalsium. sodium, potassium, vitaman A dan vitamain C dan niasin.Dikenali sebagai Persea Americana dan buiah ini berasal daripada keluarga Lauracae.


03. BAWANG PUTIH
Bawang putih bukan sahaja berguna untuk menyedapkan makanan sahaja bahkan kini telah menjadi tumpuan kepada para penderita kanser prostat.Zat disulfida yang terkandung dalam bawang putih sebagai antibiotik iaitu melambatkan pembiakan bakteria dan melambatkan pertumbuhan tumour. Pencegahan pembesaran tumour pada dasarnya sudah mencegah pertumbuhan bakal sel kanser.Selain itu, bawang putih juga boleh menurunkan kadar lemak plasma, melambatkan kerja enzim pembentukan kolesterol, mencegah aterosklerosis dan penyakit jantung.

04. BAYAM
Bayam adalah salah satu jenis sayuran yang terkenal di dunia.Terdapat dua jenis bayam iaitu bayam hijau dan bayam merah.
Pembiakannya melalui biji benih dan tumbuhan ini tergolong dalam golongan herba semusim.Daun bayam ada yang berbentuk bujur dan ada yang berdaun bulat. Bayam boleh hidup subur di tanah gambut atau pun sedikit berpasir.Bayam memerlukan air yang banyak untuk pertumbuhan.
Mempunyai khasiat kesihatan yang tinggi.Bayam baik untuk kesihatan mata dan membantu mengekalkan kesihatan mata kita.Komposisi zat dalam sayur bayam terdiri daripada tenaga, air, protein, lemak,karbohidrat, serabut abu, kalsium, fosforus, besi, natrium, kalium, beta carotene, vitamin B1, Vitamin B2, niacin, vitamin c.

05. BETIK
Pokok betik adalah pokok yang hidup di kawasan tropika. Hidup subur di kawasan yang bertanah lembab, mempunyai batang pokok separa berkayu.Akar pokoknya lembut dan kelihatan seperti lobak. Manakala daunnya besar berpelepah dan hujungnya runcing.
Bunga betik berwarna putih dan mempunyai buah yang berwarna hijau ketika muda dan kuning kemerahan apabila masak. Biji dalam buahnya berwarna hitam keperangan.
Khasiatnya ialah daunnya diambil sirnya dan diminum untuk tujuan menguruskan badan, melancarkan haid juga sebagai agen melawan penyakit.
Daunnya juga digunakan untuk merawat asthma dan ekstrak daunnya pula digunakan sebagai julap.

06. BELIMBING BULUH
Boleh dicampur dalam masakan tertentu ataupun dijadikan sebagai ulam.Mempunyai pokok dan daun seakan-akan pokok cermai.Buahnya lonjong dan warnanya hijau muda ataupun hijau kekuningan.Saiz buahnya agak kecil, berair dan rasanya sangat masam.
Pokok ini senang membesar dan agak rendang.Pokok ini sesuai dijadikan sebagai teduhan di halaman rumah.
Pokok ini sesuai untuk darah tinggi dan merawat demam panas.Caranya ialah sambil beberapa buah belimbing buluh yang segar dan kisar buah tersebut sehingga lumat.Tapis untuk mendapatkan airnya.
Bagi merawat demam panas pula, ambil beberapa helai daunnya yang segar.Ramas dedaun itu dengan sedikit air sehingga agak lumat juga dan letakkannya di atas sehelai kain.Kemudian demahkannya di atas kepala.Lakukan sehingga rasa panas berkurangan.


07. BROKOLI
Berwarna hijau dan terdapat bunga-bunga halus berwarna hijau dan sedikit kekuningan ini selalu digunakan dalam masakan seperti sayur campur atau hiasan hidangan.
Brokoli yang mengandungi zat indol ( senyawaan bensopirol) boleh mencegah peningkatan pembentukan hormon estrogen yang dihasilkan oleh indung telur.Hormon ini kalau terlalu tinggi kadarnya akan merangsang pembiakan sel kanser yang bertapak di rahim dan payudara.
Wujudnya indol brokoli, kadar hormon ini tidak akan terlalu tinggi.Bagi mereka yang selalu memakannya, kegiatan pembentukan sel kanser akan menjadi berkurangan.
Brokoli ini mengandungi klorofil yang tinggi sampai bunganya pun menjadi hijau.


08. BUNGA CINA
Bunga Cina biasanya ditanam dengan menggunakan keratan dahan dan ranting atau kaedah tut.Bunganya sangat wangi dan kelopak bunga berwarna putih semasa  mula-mula kembang.Apabila bunganya hampir layu, ia akan berwarna kekuning-kuningan. Pokok bunga Cina turut mempunyai buah yang agak keras dan berbentuk telur atau bulat memanjang.Buah yang masak berwarna kuning hingga merah serta mengandungi banyak biji.Bunga Cina yang ditanam di Asia Tenggara lazimnya jenis bunga yang banyak kelopak dna tidak berbuah.
Daunnya mengandungi manit.Bunganya mengandungi asetat stiren, asetat stirolil, linalol dan manit. Buahnya mengandungi alfa krosetin, glikosid, klorogenin dan minyak meruap. Bijinya mengandungi asid linoleik, asid oleik, asid palmitik dan kanji.Sementara kulit kayunya mengandungi beta-sitosterol dan nonakosan.
Khasiat ubatan yang terdapat pada pokok bunga Cina ini adalah amat banyak. Daunnya jika dihancurkan dikatakan boleh ditampal pada kepala untuk merawat sakit kepala. Daunnya ini juga dikatakan boleh ditampal pada buah dada yang bengkak.
Buah bunga Cina terutamanya yang kering dan telah direbus boleh diminum kerana ramuan ini dikatakan mampu merangsang dan melawaskan pembuangan air kecil, sebagai ubat demam panas, demam kuning, batuk darah, menghentikan pendarahan, mengeluarkan kahak, merawat hepatitis, kencing berdarah, muntah darah serta penyakit perut dan usus.
Buah yang kering ini juga boleh dijadikan ubat luaran  terutan untuk merawat bengkak mata, bisul, lebam dan luka.Bunga dan akar bunga yang telah direbus bersama dikatakan boleh dijadikan sebagai ubat minum bagi mengimbangi sistem peredaran darah, menghentikan pendarahan, merangsang dan juga melawaskan haid.


09. BUNGA RAYA
Bunga raya merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering ditanam  sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous.
Ia ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika.Bunganya besar, merah,keras, tetapi tidak berbau.
Pelbagai cultivars, varieties, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai daripada putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda.Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India.
Khasiatnya ialah daunnya digunakan untuk merawat demam panas.Air daun bunga raya yang telah diramas bersama air kemuidan disapukan di kepala pesakity.Ia bertujuan mengurangkan panas badan.


10. BUNGA TAHI AYAM
Herba jenis pokok semusim.Daunnya seakan-akan pokok ulam raja.Bunganya pula berwarna oren atau kuning dan berbentuk bulat.Apabila bunganya tua ia akan bertukar menjadi kering dan berwarna coklat dan kelopak bunga yang keras ini akan menjadi benih.Ia banyak ditanam sebagai tanaman hiasan di jalan raya atau di taman-taman bunga.
Khasiatnya ialah untuk selsema.Air rebusan akar pokoknya dijadikan mandian.Bunganya boleh menghasilkan pewarna berwarna kuning.



11. CEKUR
Tumbuhan ini mempunyai daun-daun yang lebar dna tumbuh mendatar di atas permukaan tanah.Saiz daun boleh mencapai sehingga 10 cm lebar dan 15 cm panjang. Pelepah daunnya pendek.
Cekur berbunga di tengah-tengah rumpun. Bunganya berwarna putih dan berbintik ungu.Daun dan rizomnya mempunyai bau yang unik dan sangat beraroma.Rizomnya berbentuk seperti susunan jari. Di hujung akarnya pula, terdapat butir-butir ubi berwarna kemerahan yang juga berbentuk seperti jari.
Rizom cekur digunakan sebagai herba untuk mengecutkan rahim, bahan untuk jamu bagi senak perut, membuang angin, sakit sendi serta melancarkan haid.Ia juga digunakan untuk melegakan batuk, mengurangkan bengkak dan dibuat bedak untuk merawat jerawat.Daunnya yang muda dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu.Rizomnya juga digunakan sebagai ramuan masakan.


12. CEMPAKA
Pokok bunga cempaka hutan atau juga dikenali sebagai pokok bunga akar kuning adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain.Nama saintifiknya Allamanda spp.
Pokok bunga cempaka hutan merupakan sejenis pokok beracun.Getahnya terutama yang terdapat pada bunga dan tangkai daun mempunyai bahan kimia.Ia menyebabkan tindak balas kimia dengan kulit dan menyebabkan keradangan  kimia.
Cempeka Putih adalah sejenis pokok berkayu yang biasanya tumbuh di hutan dengan ketinggian mencapai hingga 30 meter.Pokok cempaka mempunyai 3 jenis warna bunga yang berbeza iaitu warna putih, kuning dan merah.
Daun cempaka putih mempunyai permukaan yang licin. Buahnya boleh dimakan dan mempunyai rasa yang sedap mempunyai bentuk seperti jantung dengan bahagian bijinya yang agak pahit.Kayunya boleh dijadikan perabot dan peralatan rumah.Akan tetapi hasil perabot daripada kayu ini jarang didapati kerana kuantiti pokok cempaka besar yang terlalu kurang.Sekarang, kaedah kahwin telah membolehkan cempaka ditanam sebagai tumbuhan tanaman dalam pasu, dan boleh berbunga walaupun tingginya belum mencecah 1 meter.
Bunganya yang berbau wangi mempunyai kandungan minyak volatile yang terdiri daripada cheraniol, linalol, methuleugenol, asid benzik, dan nerol.Kayu cempaka juga mempunyai bau yang sangat wangi dan biasanya minyak pati cempaka didapati daripada ekstrak bunga, daun dan kayunya.


13. CENDAWAN
Cendawan adalah sejenis organisma hidup yang telah divariasikan dalam industri asas tani sebagai bahan makanan dan perubatan seperti produk kesihatan, produk penjagaan diri dan makanan ringan.
Cendawan ini kebanyakannya tumbuh meliar dan dikutip oleh manusia sebagai makanan serta untuk perubatan.
Cendawan ini boleh digunakan secara segar seperti dimakan sebagai sayur.Selain itu, pada masa sekarang kebanyakan cendawan ini telah dijadikan serbuk dalam bentuk kapsul.Ini untuk memudahkan para pengguna kerana cendawan yang segar agak terhad dalam pasaran.
Cendawan merupakan sebahagian daripada diet atau pemakanan yang bukan sahaja enak dan  pelbagai, tetapi juga berkhasiat dan penting dalam kehidupan seharian.
Kesan legendanya sebagai penawar herba kini turut meraih perhatian saintis Barat untuk melakukan penyelidikan demi penyelidikan.
Cendawan telah diamalkan dalam perubatan herba tradisional di negara China dan Jepun sejak beribu-ribu tahun lampau.
Di Asia, cendawan biasa digunakan untuk melegakan kesakitan dan merawat penyakit-penyakit seperti artritis.
Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dalam darah, menambah insulin dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan daripada serangan kanser.


14. CENGKEH
Cengkeh ditanam terutama di Indonesia
dan Madagaskar, juga tumbuh subur di Zanzibar, India dan Sri Lanka.
Pohon cengkeh merupakan tanaman tahunan yang dapat tumbuh dengan tinggi.Mempunyai daun berbentuk lonjong yang berbunga pada pucuk-pucuknya. Tangkai buah pada awalnya berwarna hijau, dan berwarna merah jika bunga sudah mekar.
Cengkeh dapat digunakan sebagai bumbu, baik dalam bentuknya yang utuh atau sebagai bubuk.Bumbu ini digunakan di Eropah dan Asia. Terutama di Indonesia, cengkeh digunakan sebagai bahan rokok kretek.Cengkeh juga digunakan sebagai bahan aromaterapi dan juga untuk mengubati sakit gigi serta menghilangkan nafas berbau.



15. GAJUS
Sejenis pokok rendang yang biasanya ditanam di tepi sawah untuk teduhan ataupun berhampiran dengan penempatan di tepi pantai.Batangnya mempunyai getah yang akan merengsakan kulit jika terkena.Kulit akan menjadi melecur seperti terkena getah bacang.Daunnya berbentuk bulat.
Daunnya tersusun secara bertentangan.Buahnya berbentuk seperti buah pear dan bijinya berada di luar.Bijinya berbentuk ginjal.Buah dan bijinya berwarna hijau ketika muda. Buahnya akan menjadi berwarna kuning atau merah jambu apabila masak.Teksturnya akan menjadi lembut dan berair.Isi dalam buahnya berwarna putih.
Pucuk gajus yang muda boleh dijadikan ulam mentah.Ia sedap dimakan kerana baunya yang menyelerakan. Ia juga rangup apabila dikunyah. Rasanya yang lemak-lemak kelat juga menyebabkan ia merupakan antara ulam.
Buahnya yang manis dengan rasa sedikit pijar boleh dimakan begitu sahaja.Namun, rasanya yang agak pijar menyebabkan ia banyak  dimanfaatkan sebagai kerabu atau masak lemak sebagai lauk.Ini kerana rasa pijar tersebut akan hilang apabila airnya diperah keluar.
Bijinya pula dibakar dan kulitnya diketuk untuk mengeluarkan bijinya.Kulitnya dibakar akan mengeluarkan minyak yang berwarna hitam dan pernah digunakan pada zaman dahulu untuk dijadikan  bahan api pelita.
Asap daripada pembakaran biji gajus boleh merangsang penyakit asma. Dari segi perubatan amalan memakan pucuk gajus yang kelat sebagai ulam dikatakan dapat mencegah dan mengawal penyakit kencing manis.


16. DURIAN BELANDA
Daunnya berbentuk ringkas dan tersusun secara berselang seli pada rantungnya.Bunganya berwarna hijau pada mulanya dan berubah menjadi kuning pucat apabila mekar.
Buahnya dilitupi oleh duri yang lembut, berwarna hijau.Ia mempunyai biji yang banyak dan berwarna hitam serta dilindungi oleh cangkerang biji yang keras.Daunnya mempunyai bau yang agak busuk.Tumbuhan ini membiak melalui keratan batang dan biji benih.
Putiknya digunakan oleh masyarakat Melayu untuk mengubati ciri birit dan berak berdarah.Di Indonesia, daunnya yang dihancurkan dugunakan untuk merawat bisul dan daunnya yang dikeringkan digunakan untuk membunuh serangga.
Air rebusan daunnya digunakan untuk mengeluarkan cacing daripada usus. Di Malaysia, terdapat persediaan herba dalam bentuk cecair yang menggunakan daun durian belanda yang digunakan untuk merawat athritis, batuk, dan demam.


17. EMAS COTEK
Pokok emas cotek merupakan sejenis pokok herba yang digunakan dalam bidang perubatan Melayu.Dalam perubatan, emas cotek dibahagikan kepada mas cotek jantan dan mas cotek betina.
Mas cotek dikenali kerana khasiatnya yang dapat merawat pelbagai penyakit dan baik untuk penjagaan kesihatan.
Nama mas cotek diberi disebabkan oleh bintik-bintik halus berwarna emas yang terdapat pada permukaan atas setiap helaian daun tumbuhan ini. 
Tumbuhan herba ini mampu merawat dan mengekalkan tahap kesihatan, termasuk meningkatkan tenaga, mebaiki peredaran darah. mengecutkan rahim, dan merawat paru-paru berair, darah tinggi, kencing manis, lemah jantung serta cirit birit.




18. GINSENG JAWA

19. HALIA

20. INAI


21. JAGUNG

22. JARUM MAS

23. JERANGAU

24. JINTAN HITAM

25. KACANG SOYA

26. KACIP FATIMAH

27. KADUK


28. KARI

29. KAYU MANIS


30. KEEMBUNG

31. KELO

32. KELULUT

33. KEMBOJA

34. KUNYIT HITAM

35. KURMA

36. LALANG

37. LENGKUAS

38. LIDAH BUAYA

39. MENGKUDU

40. MISAI KUCING

41. MULBERI HITAM

42. NANAS

43. PEGAGA

44. PANDAN WANGI

45. PERIUK KERA

46. PETAI BELIMBING

47. ROS

48. ROSEL

49. SELASIH

50. SEMALU

51. SENDUDUK

52. SERAI

53. SETAWAR KAMPUNG

54. SIRIH

55. TERUNG BELANDA

56. TOMATO

57. TONGKAT ALI

58. ULAM RAJA

59. ZAITON

60. REMPAH PADANG

No comments:

Post a Comment